Carian
Microsoft Mengkaji Penggunaan ChatGPT Untuk Robotik Dan Dron
February 25, 2023 Aman

Nama ChatGPT telah menjadi salah satu nama yang tidak asing lagi bagi ramai pengguna pada hari ini. Perkhidmatan ChatGPT memberikan sokongan kecerdasan buatan untuk diakses orang ramai – dimana hanya melalui input berasaskan teks, pengguna boleh menerima pelbagai maklumbalas dan bantuan dalam tugasan.

Microsoft sendiri sebagai pelabur pada OpenAI sedia mengintegrasikan teknologi tersebut pada beberapa produk mereka, termasuk Bing.

Terkini, Microsoft turut berkongsi mengatakan pengkaji mereka sedang melakukan penyelidikkan penggunaan ChatGPT melangkaui penggunaan biasa, iaitu untuk mengawal tugasan robotik.

Microsoft menguji kemampuan penggunaan ChatGPT dalam memudahkan orang ramai mengawal dan berinteraksi dengan robot secara lebih mudah lagi, tanpa melalui pembelajaran yang kompleks.

Ini sekaligus akan memudahkan lebih ramai mengawal robot atau dron tanpa perlu menggunakan input yang kompleks atau dengan teknikal. Sebaliknya, pengguna boleh menaip arahan menggunakan bahasa pertuturan biasa, dan robot akan memahaminya.

Buat masa ini, ia sekadar ujian dan kajian awal sahaja. Tidak diketahui lagi sama ada kita akan dapat melihat penawaran komersil untuk robot-robot yang dikawal secara ChatGPT ini.

Komen