Carian
Apple Dijangka Meneruskan Keluarga “iPhone Plus”, Bakal Sertakan USB-C Dan Dynamic Island
February 25, 2023 Aman

Apple dikatakan tidak mencapai sasaran jualan melalui siri iPhone 14 Plus yang dilancarkan tahun lepas, disebabkan permintaan rendah, dan lebih ramai menyukai model Pro. Walaupun tidak disahkan atau tidak ditidakkan, kini untuk tahun 2023, pihak Apple dijangka meneruskan siri berkenaan bersama iPhone 15 Plus.

Melalui 9to5Mac, kini mereka berkongsi gambaran awal untuk iPhone 15 Plus. Ia dijangka hadir dengan sokongan USB-C yang menggantikan Lightning untuk pengecasan dan pemindahan data. 

Disamping itu, Apple juga dijangka membawakan ciri Dynamic Island ke iPhone 15 Plus – selari desas-desus sebelum ini mengatakan semua model iPhone 15 akan menyokong Dynamic Island menggantikan takuk.

Kebiasaannya, Apple memperkenalkan siri iPhone baharu pada bulan September. Dengan perkongsian baharu ini, tidak mustahil kita mendengar lebih banyak info berkenaan iPhone dalam bulan-bulan akan datang.

Komen