Celcom dan Digi sedia mengabungkan syarikat dibawah satu entiti baharu dinamakan CelcomDigi. Selari dengannya juga, kini syarikat tersebut menyasarkan untuk melakukan integrasi rangkaian antara satu sama lain dalam tempoh tiga tahun akan datang, atau menjelang 2025 kelak.

Sebelum ini, kedua-dua syarikat telah bergabung dibawah satu entiti pada November 2022 lepas. Walaupun bakal mengintegrasikan rangkaian disebalik kedua-duanya, syarikat tersebut menyatakan masih akan mengekalkan jenama Digi dan Celcom secara berasingan di pasaran buat masa ini.
Tiada perancangan lagi untuk kedua-dua jenama berkenaan, sama ada akan diteruskan sebagai penawaran berasingan atau akan digabungkan menjadi satu.
- Sumber
- Sumber : TheEdge