Carian
Nokia Memperkenalkan Penjenamaan Baharu Bersama Fokus Syarikat Yang Diperbaharui
February 26, 2023 Aman

Selari dengan MWC 2023 yang berlangsung bermula hari ini, kini Nokia mengumumkan penjenamaan baharu, termasuk pengenalan logo baharu untuk jenama Nokia.

Buat masa ini, ia dilihat perubahan ini lebih memfokuskan kepada bahagian penawaran rangkaian dan perkhidmatan, dan bukannya Nokia Mobile yang diuruskan oleh HMD Global.

Nokia menyatakan dengan perubahan serta penjenamaan baharu ini, mereka ingin meningkatkan pegangan pasaran melalui kerjasama pelbagai syarikat penyedia telekomunikasi, disamping turut mengambil peluang menjana pendapatan dengan sejumlah portfolio mereka, termasuk IP-IP dibawah Nokia.

Nokia juga menyasarkan untuk mengimplementasi model perniagaan baharu, termasuk sebagai penyedia perkhidmatan.

Nokia menyatakan logo baharu ini turut memberikan gambaran sebagai sebuah syarikat yang moden, dinamik dan bertenaga.

Komen