Carian
Xiaomi 13 Lite Diperkenalkan Dengan Dwi-Kamera Swafoto, Dan “Xiaomi Selfie Glow”
February 27, 2023 Aman

Xiaomi hari ini mengambil pentas utama pada acara MWC 2023 (Mobile World Congress 2023), sekaligus berkongsi sejumlah perkembangan syarikat mereka serta pengenalan produk-produk baharu.

Salah satu produk baharu yang diperkenalkan adalah Xiaomi 13 Lite, iaitu penambahan terbaru untuk siri Xiaomi 13 yang telah diperkenalkan di China sebelum ini.

Xiaomi 13 Lite merupakan telefon pintar dengan rekaan seumpama Xiaomi Civi 2 sebelum ini, tetapi dioptimasikan untuk pasaran global, termasuk beberapa perubahan pada spesifikasi.

Xiaomi 13 Lite hadir dengan skrin 6.55-inci AMOLED, dijana cip Snapdragon 7 Gen 1, serta memori sebesar 8GB RAM LPDDR4X. Ia turut hadir dengan variasi storan sehingga 256GB berasaskan UFS 2.2

Pada bahagian kamera, ia menyertakan sensor utama 50-megapixel dibelakang, yang turut dilengkapi sensor ultra-lebar 8MP, dan juga sensor makro 2MP.

Menariknya pada kamera hadapan ialah ia menyertakan dwi-kamera hadapan gabungan 32MP + 8MP untuk kedalaman. Dengan langkah ini, ia menawarkan kesan bokeh yang lebih cantik menggunakan kamera hadapan – apatah lagi dengan era membuat video langsung di media sosial seperti Instagram Stories dan juga TikTok Live.

Xiaomi 13 Lite turut menyertakan ciri dinamakan Selfie Glow untuk merakamkan gambar swafoto dengan lebih jelas dan cerah.

Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah bateri 4500mAh dengan sokongan pengecacsan berwayar 67W.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah telefon “Lite” dibawah siri Xiaomi 13 akan dipasarkan di Malaysia.

Komen