Xiaomi hari ini mengumumkan pengenalan MIUI14, iaitu sistem operasi generasi baharu mereka secara rasminya untuk pasaran global, dan turut berkongsi berkenaan pelancaran kemaskini berkenaan.
MIUI14 menyertakan beberapa ciri baharu, termasuk sokongan pengoptimasian dan pengurusan ruangan storan dengan lebih efisien, kaedah interaksi yang lebih baik berbanding MIUI sebelum ini, ciri privasi yang ditambah-baik, dan kini lebih menyertakan sokongan untuk peranti berhubung.

MIUI14 akan diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna peranti Xiaomi dan Redmi secara berperingkat.
Xiaomi menjanjikan kemaskini akan diperkenalkan bermula suku pertama 2023 ini, termasuk:
- Xiaomi 12T Pro
- Xiaomi 12T
- Xiaomi 12 Pro
- Xiaomi 12
- Xiaomi 12X
- Xiaomi 12 Lite
- Xiaomi 11T Pro
- Xiaomi 11T
- Mi 11 Ultra
- Mi 11i
- Mi11
- Xiaomi 11 Lite 5G NE
- Mi 11 Lite 5G
- Mi 11 Lite
- Redmi Note 11 Pro+ 5G
- Redmi Note 10 Pro
- Redmi Note 10
- Redmi 10 5G
