Cari @ Amanz

Motorola Defy 2 Dilancarkan Dengan Sistem Telekomunikasi Satelit Dua Hala

Link Copied!

Adakah anda memerlukan sistem telekomunikasi satelit pada peranti Android? Jika jawapannya ialah ya, Motorola Defy 2 yang dilancarkan sempena WMC 2023 ialah peranti untuk anda. Ia mempunyai kemampuan melakukan komunikasi satelit secara dua hala dalam pelbagai situasi.

Ia dilengkapi skrin 6.6″ IPS LCD 120Hz, dijana cip Dimensity 930, memori sebesar 6GB RAM, storan sebesar 128GB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan 15W. Kamera utama memadankan lensa sudut lebar 50MP, ultra sudut lebar 8MP dan makro 2MP. Di hadapan pula kamera 8MP digunakan.

Tubuh peranti tahan lasak melepasi piawaian MIL-STD-810H dengan kaca hadapan pula menggunakan kaca Gorilla Glass Victus. Sambungan ke satelit dilalukan menerusi sistem 3GPP NTN yang ditawarkan oleh Bullit. Dalam situasi kecemasan pemilik boleh menghantar SMS untuk mendapatkan bantuan lengkap dengan lokasi GPS terakhir.

Motorola Defy 2 dijual pada harga $599 (~RM2656) sebuah dengan langganan sistem SOS kecemasan satelit selama 12 bulan.


Komen ()