Cari @ Amanz

Honor Magic5 Pro Kini Rasmi Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 2 Dan Tri-Sensor 50MP

Link Copied!

Honor Magic5 Pro dilancarkan secara rasmi hari ini bersempena dengan Mobile World Congress 2023 yang berlangsung di Barcelona. Ia merupakan peranti mercu baharu Honor yang memfokuskan terhadap prestasi, kamera dan bateri.

Melaluinya cip Snapdragon 8 Gen 2 digunakan sebagai tunjang utama peranti. Ini dipadankan pula dengan memori sebesar 12GB RAM (LPDDR5X), storan dalaman 512GB (UFS4.0) tanpa kebolehan slot mikroSD. Seterusnya kebolehan e-SIM turut disokong oleh peranti ini.

Skrin pula sejenis melengkung sebesar 6.81-inci LTPO dengan kadar segar semula 120Hz dan beresolusi 1312 x 2848 piksel. Skrin ini turut menerima pensijilan HDR10+ bersama kemampuan memaparkan paparan sehingga 1.07 billion. Selanjutnya tetapan kamera utama pula terdiri dengan 50MP (lebar) OIS + 50MP (ultra-lebar) + 50MP (periskop telefoto), sementara itu kamera swafoto pula sebesar 12MP.

Kamera ini juga dinaiktaraf dengan ciri fotografi dan videografi dinamakan Millisecond Falcon Capture yang membolehkan tangkapan gambar secara pantas tanpa isu lengah masa. Seterusnya ciri AI Motion Sensing Capture pula boleh menangkap gambar sebarang pergerakan drastik secara automatik dengan hasil yang mengagumkan. Ini termasuklah digunakan menangkap gambar orang berlari, melompat atau senyum dengan cepat. Kemudian ciri rakaman Magic-Log 10-bit pula membenarkan pengguna bebas untuk mencorak rakaman video yang diambil mengikut jenis suntingan yang dimahukan.

Peranti juga menggunakan bateri 5100mAh yang menyokong sistem pengecasan pantas berwayar 66W dan pengecasan nirwayar SuperChage 11. Bukan itu sahaja, Honor Magic5 Pro juga menjalankan antaramuka MagicOS 7.1 berasaskan Android 13 serba baharu. Lain-lain spesifikasi termasuklah pengimbas wajah 3D, NFC, ciri AI Privacy 2.0, bluetooth 5.2, pembesar suara stereo yang ditala audio DTX:Ultra dan rangkaian 5G terbina. Harga jualan peranti adalah €1199 (~RM5669) sebuah.


Komen ()