Carian
Honor Magic5 Pula Dilancarkan Dengan Kamera Utama 54MP Dan Snapdragon 8 Gen 2
February 27, 2023 Amy Maizuraa

Selain daripada variasi pro, Honor Magic5 turut dilancarkan sebagai pilihan lain untuk peranti mercu baharu mereka. Perbezaan ketara yang boleh dilihat terletak pada konfigurasi kamera utama yang terdiri dengan 54MP (lebar) + 50MP (ultra-lebar) + 32MP (telefoto). Seterusnya zum pula terhad sehingga 50X secara digital. Selain daripada itu, skrin juga lebih kecil dengan saiz 6.71-inci LTPO dengan kadar segar semula 120Hz dan resolusi 1224 X 2688 piksel.

Sementara itu, sebilangan besar ciri dan fungsi pula adalah sama seperti variasi pro. Ini termasuklah dijana dengan cip Snapdragon 8 Gen 2 sebagai tunjang utama. Ini dipadankan pula dengan memori 8GB RAM (LPDDR5X) dan storan dalaman 512GB (UFS 4.0). Peranti juga mempunyai kamera swafoto 12MP, di samping bateri dengan kapasiti 5100mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W. Ia bagaimanapun tidak mempunyai kebolehan eSIM dan sistem pengecasan nirwayar terbina.

Dari Kiri: Honor Magic5 Pro & Magic5

Seterusnya antaramuka MagicOS 7.1 berasaskan Android 13 serba baharu juga disertakan sebagai pelengkap peranti ini. Lain-lain spesifikasi lagi termasuklah NFC, bluetooth 5.1, port USB-C, pembesar suara stereo dengan audio DTS:X Ultra dan pengimbas cap jari di skrin. Harga jualan peranti adalah €899 (~RM4252) sebuah.

Komen