Carian
Mufti WP Berkongsi Berkenaan Hukum “BNPL”
February 27, 2023 Aman

BNPL atau “Buy Now Pay Later”, atau “Bayar Nanti, Pakai Lekas”, kini telah menjadi salah satu trend ramai penjual dalam memudahkan pengguna membeli barangan yang berharga tinggi. Selain barangan elektronik, pelbagai penjual turut mengintegrasikannya termasuk penjual makanan dan juga pakaian.

Trend ini turut membawa kepada kadar hutang yang tinggi, serta membimbangkan. Kerajaan sendiri telah menyatakan akan memperkenalkan perundangan untuk mengawal-selia perkhidmatan BNPL ini.

Terbaru, Mufti WP turut menjawab berkenaan dengan hukum BNPL ini pada pandangan agama Islam.

Menjawab mengenainya, Mufti WP mengatakan ia adalah harus dan sah, selagi mana memenuhi syarat yang ditetapkan syarak. Ini termasuk mestilah terbina atas akad jual beli dan bukannya akad pinjaman, tidak berlaku dua jual beli dalam satu akad, akat itu jelas dari sudut barangan, nilai harga dan tempoh penangguhan. Akad tersebut juga turut telah disepakati di awal pembelian.

Untuk bacaan lanjut, orang ramai boleh merujuk ke laman rasmi MuftiWP, dan memahami lanjut berkenaan hukum penggunaan BNPL mengikut agama Islam.

Komen