Carian
GMail Kini Dioptimasikan Untuk Paparan Telefon Boleh-Lipat
February 27, 2023 Aman

Google kini mengumumkan sedikit kemaskini kepada penawaran aplikasi produktiviti mereka, termasuk salah satunya adalah GMail.

Melalui kemaskini baharu, aplikasi GMail lebih dioptimasikan untuk telefon dengan skrin boleh-lipat, dimana GMail kini membawa kepada paparan dua lajur, sekaligus lebih memudahkan anda melakukan tugasan pada skrin besar.

Pengenalan kemaskini ini juga memberikan petanda yang mana telefon dengan skrin boleh-lipat bukan sekadar paparan “tablet”, tetapi mempunyai pengoptimasian khusus untuknya.

Bagi anda yang menggunakan telefon boleh-lipat, kemaskini baharu ini tersedia pada GMail hari ini.

Komen