Pada hari ini, beberapa pengeluar sedia menawarkan kebolehan warna kerangka yang berubah ke warna lain apabila didedahkan dibawah cahaya matahari atau UV. Menariknya, kini Tecno – pengeluar peranti pada harga mampu milik, memperlihatkan sebuah teknologi baharu yang membolehkan pengguna mengawal warna kerangka belakang telefon mengikut citarasa mereka.
Tecno menamatkan teknologi ini sebagai Chameleon Coloring. Ia menggunakan bahan “sub-micron prism” yang mengubah arah apabila ditemukan dengan medan elektrik. Ini sekaligus membawa kepada perubahan warna mengikut pilihan pengguna.
Selain kawalan pengguna, pewarnaan dibelakang juga boleh disesuaikan mengikut notifikasi, muzik, atau tahap bateri. Teknologi perubahan warna ini juga dikatakan tidak menggunakan tenaga bateri yang tinggi. Perubahan warna sekitar 100 kali sehari dikatakan menggunakan warna sama seperti menonton video 5 minit pada telefon.
Buat masa ini, Tecno tidak berkongsi akan bilakah teknologi ini akan dikomersilkan.