Cari @ Amanz

Xiaomi Memperlihatkan Konsep Kaca Mata Pintar AR Baharu

Oleh Aman

Link Copied!

Pada tahun ini, ia dilihat pelbagai pengeluar mula memberikan perhatian kepada set kepala realiti-terimbuh dan juga kaca mata pintar realiti-terimbuh. Hal ini selari dengan Apple yang dikatakan akan memberikan fokus terhadapnya, membuatkan ramai pengguna akan ingin mendapatkan peranti dan produk seumpamanya.

Menyentuh mengenainya, bersempena dengan Mobile World Congress 2023, kini Xiaomi memperlihatkan kaca mata pintar mereka tersendiri, dinamakan sebagai Xiaomi Wireless AR Glass Discovery Edition.

Kaca mata pintar ini dikuasakan oleh Snapdragon XR2 Gen 1, dengan seberat 126 gram. Xiaomi mengatakan ia menggunakan struktur aloi berasaskan magnesium-lithium dan juga bahan karbon fiber dalam memberikan keselesaan dan binaan yang kukuh untuk kaca mata pintar ini.

Kaca mata pintar yang turut dilengkapi panel mikro-OLED ini ingin memudahkan pengguna menikmati pengalaman dunia nyata dan juga dunia maya dengan mudah, melalui kawalan gestur mudah.

Buat masa ini, kaca mata pintar ini dipertontonkan dalam bentuk konsep sahaja, dan tidak diketahui bilakah akan diperkenalkan secara komersil.


Komen ()