Lenovo sedia memperlihatkan beberapa bentuk penggunaan rekaan skrin berbeza pada produk mereka, termasuk komputer riba dengan skrin boleh-lipat yang sedia dipasarkan kepada umum. Terbaru pada Mobile World Congress 2023, Lenovo turut memperlihatkan sebuah komputer riba dengan skrin yang boleh ditarik tinggi.
Untuk makluman, Lenovo pernah berkongsi akan berkenaan penawaran ini secara ringkas sebelum ini, dan kali ini prototaip produk berkenaan ditawarkan untuk diuji oleh para hadirin ke acara berkenaan.

Melalui komputer riba ini, ia menawarkan dengan skrin 12.7-inci pada nisbah paparan 4:3. Dengan menekan sebuah butang pada bahagian tepi komputer riba, ia seterusnya akan mengaktifkan panel belakang yang bergerak keatas – sekaligus tarik akan skrin berkenaan untuk paparan bersaiz lebih tinggi – mengubah kepada bentuk paparan 8:9.
Dengan penawaran ini, Lenovo mengatakan ia membolehkan tugasan seperti menulis kod pengaturcaraan, penghasilan kandungan, penyuntingan video dan sebagainya dapat dilakukan dengan mudah tanpa perlukan skrin kedua.

Buat masa ini, ia boleh dilabelkan sebagai masih pada peringkat prototaip lagi. Tidak diketahui lagi bagaimanakah ketahanannya untuk penggunaan jangka masa panjang – memandangkan komputer riba digunakan untuk tempoh melebihi 5 tahun.