Cari @ Amanz

KKM Nasihatkan Supaya Tiada Pendedahan Gajet Pada Anak Berusia Bawah 2 Tahun

Oleh Aman

Link Copied!

Kementerian Kesihatan Malaysia kini hadir dengan infografik ringkas, menasihatkan ibu bapa supaya memastikan tiada langsung pendedahan gajet pada anak-anak yang berusia dibawah 2 tahun.

Hal ini kerana ketagihan gajet boleh berlaku seawal usia 3 tahun. Ini sekaligus akan membawa beberapa kesan kepada anak-anak, termasuk tidak berminat dengan aktiviti lain, lambat bercakap, kurang berinteraksi, dan juga mudah tantrum atau marah apabila tidak diberikan gajet.

KKM menasihatkan supaya mengehadkan masa penggunaan sekitar 1 jam sahaja sehari untuk anak-anak berusia 2 hingga 5 tahun.

Disamping itu, anak-anak juga digalakkan supaya melebihkan aktiviti bermain di luar berbanding dengan penggunaan gajet.


Komen ()