Acara hari ini turut memperkenalkan Honor Magic5 Lite sebagai satu lagi pilihan lain. Ia dilengkapi skrin OLED 120Hz sebesar 6.67-inci dengan resolusi FHD+. Ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 695, memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB terbina.

Tetapan kamera pula terdiri dengan 64MP + 5MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan sebesar 16MP. Kapasiti bateri pula sebesar 5100mAh yang juga menyokong pengecasan berwayar 40W. Lain-lain spesifikasi termasuklah menjalankan MagicUI 6.1 berasaskan Android 12, port USB-C dan bluetooth 5.1. Harga jualan peranti adalah bermula EUR396 (~RM1875) sebuah.