Carian
Viu Kini Mempunyai Lebih 66.4 Juta Pengguna Aktif Bulanan, 12.2 Juta Pelanggan Berbayar
February 27, 2023 Aman

Viu merupakan salah satu perkhidmatan penstriman video, yang turut popular di Malaysia. Viu menyajikan kandungan dengan memfokuskan pasaran Asia, termasuk drama dari Korea, Jepun, termasuk drama tempatan sendiri.

Terbaru, berkongsi berkenaan perkembangan syarikat, Viu menyatakan ia beroperasi di lebih 16 buah negara, dan kini mempunyai sekitar 66.4 juta pelanggan aktif bulanan. 12.2 juta pengguna daripadanya adalah pelanggan berbayar.

Viu menjana pendapatan melalui beberapa kaedah, iaitu menerusi bayaran langganan, dan juga menerusi pengiklanan.

Viu juga menyasarkan untuk terus memfokuskan rantau Asia Tenggara ini, yang menyaksikan penambahan bilangan pelanggan penstriman yang paling tinggi di industri pada suku ke-4 2022 lepas.

Komen