Sebelum ini Ming-Chi Kuo, penganalisa yang terkemuka mengatakan Apple menghentikan pembangunan iPhone SE baharu selepas mengalami isu dengan modem 5G rekaan sendiri. Kini beliau mengeluarkan laporan mengatakan pembangunannya telah diteruskan pula dengan peranti akan dilengkapi skrin 6.1″.

Ini bermakna peranti akan mempunyai sistem Face ID dan tiada lagi sokongan butang home fizikal di bahagian hadapan. Tambah Kuo lagi, modem yang direka oleh Apple ini hanya menyokong rangkaian 5G Sub-6GHz. Beliau meramalkan iPhone SE Gen 4 akan hanya dilancarkan oleh Apple pada tahun 2024, dua tahun selepas kali terakhir model ini dikemaskini.
Selain itu Ross Young yang kerap meniriskan maklumat mengenai teknologi skrin menambah, iPhone SE 4 akan menggunakan skrin yang dikeluarkan oleh BOE sepenuhnya. Berbeza dengan siri iPhone 14 yang menggunakan panel keluaran Samsung dan LG.