Carian
Snapchat Pula Mengintegrasikan ChatGPT Dalam Aplikasi
February 28, 2023 Effi Saharudin

ChatGPT kini di mana-mana. Bermula dengan Microsoft kini ChatGPT mula diintegrasikan ke dalam aplikasi Snapchat pula. Di dalam Snapchat, ciri ini diberi nama My AI dimana ia boleh memberikan sarana hadiah hari jadi untuk kawan rapat, mencadangkan apa perlu dimakan dan pelbagai lagi.

Ia sebuah chatbot dalam Snapchat yang akan menjadi teman maya pengguna Snapchat. My AI akan diberikan kepada pelanggan Snapchat+ sahaja dengan ia akan diaktifkan secara berperingkat. Pengguna My AI boleh menkustomasinya dengan memberikannya nama dan juga mengubah imej latar belakang skrin chat.

Snap Inc berkata data daripada perbualan dengan My AI akan dikumpul bagi menaiktaraf produk keluaran mereka. Mereka juga menyarankan supaya pengguna tidak berkongsi rahsia dengan My Ai dan tidak mengambil 100% saranan yang diberikan kerana ia masih sekadar sebuah kecerdasan buatan.

Komen