Set kepala AR/VR dijangka diperlihatkan pada bulan April ini dengan pelbagai ciri menarik. Ia masih lagi agak misteri dengan kedengaran ura-ura ia boleh menggabungkan dunia sebenar dengan objek maya dan kemampuan menjadi wayang gambar gergasi untuk menonton kandungan video. Kini Bloomberg melaporkan Apple mempunyai perancangan untuk set kepala ini digunakan oleh golongan OKU penglihatan pula.

Menerusi pelbagai kamera dan sensor terbina, set kepala Apple di masa hadapan boleh digunakan orang buta sebagai alat navigasi menggunakan arahan audio. Bagi yang mempunyai isu penglihatan yang semakin terjejas akibat penyakit generatif pula, set kepala boleh memaparkan pelbagai maklumat bagi meningkatkan kemampuan penglihatan.

Penyakit AMD (Age-Related Macular Degeneration) misalnya mewujudkan titik buta pada penglihatan penghidapnya. Teknologi Apple diharap boleh mengisi kawasan titik buta ini bagi membolehkan pesakit AMD melihat seperti biasa. Kesemua ini dapat diakses dengan mengaktifkan mod ketercapaian pada set kepala apabila ia dilancarkan kelak.
Dengan kata lain jika teknologi ini berjaya dibangunkan Apple, sains fiksyen cermin mata watak Geordi La Forge dari siri Star Trek yang buta tetapi boleh melihat menggunakan cermin mata khas bakal menjadi kenyataan.