Zoom Ingin Mengintegrasikan Ciri Kecerdasan Buatan Pada Produk Mereka
Aman
Dengan pelbagai produk mengintegrasikan kecerdasan buatan, kini Zoom turut menyatakan hasrat bakal mengintegrasikan fungsi berasaskan kecerdasan buatan pada produk mereka, sekaligus memastikan Zoom kekal kompetitif berbanding yang lain.
Perkara ini selari dengan pelbagai penganalisa yang meramalkan kecerdasan buatan sebagai arena perkembangan baharu seterusnya dalam industri teknologi.
Sebelum ini, pihak Microsoft sedia mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan pada Microsoft Teams, sekaligus memudahkan pengguna dalam meringkaskan pelbagai minit mesyuarat, serta sejumlah tugasan lain yang menjadikan pengguna lebih produktif.
Buat masa ini, Zoom tidak menyatakan apakah ciri kecerdasan buatan yang bakal diintegrasikan pada produk mereka.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.