Pelakon popular Bollywood, Akshay Kumar kini diumumkan sebagai pemegang rekod dunia untuk rakaman swafoto yang paling banyak dalam masa tiga minit.

Sebanyak 184 rakaman swafoto berjaya dilakukan dalam tempoh tiga minit, sekaligus mengatasi rekod dunia yang dipegang sebelum ini, termasuk James Smith dan juga The Rock.
Sepanjang tiga minit berkenaan, Akshay Kumar berjaya merakamkan sebanyak 209 gambar swafoto, tetapi ada beberapa yang tidak dihitung dalam kiraan akhir disebabkan rakaman kabur dan tidak jelas.
Rekod dunia ini dicatatkan oleh Akshay Kumar, selari pelancaran filem terbaru beliau yang bernama “Selfiee”.