Kementerian Komunikasi dan Digital hari ini secara rasminya melancarkan pakej perpaduan prabayar internet mudah-alih, sekaligus menawarkan akses internet dengan data 30GB pada harga RM30, serta membawa tempoh sah sehingga 180 hari lamanya.
Pakej ini disediakan syarikat telekomunikasi tempatan, termasuk Celcom, Digi, Maxis Hotlink, U Mobile, Unifi Mobile, Yes, OneXOX, Mcalls dan juga TuneTalk.
Setiap syarikat telekomunikasi menyediakan pelan ini dengan akses internet sepantas sehingga 3Mbps.
Pakej ini ditawarkan kepada belia berumur bawah 30 tahun, pengguna dibawah segmen B40, OKU, warga senior berusia 60 tahun dan ke atas, selain veteran ATM dan Polis.
Dengan penawaran ini, ia membolehkan orang ramai kekal berkomunikasi pada era digital ini tanpa masalah.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak untuk mendapatkan pelan ini daripada syarikat telekomunikasi anda bermula hari ini, sehingga 31 Disember 2023 kelak.