Cari @ Amanz

Rangkaian telefon pintar mercu Honor telah dikemaskini dengan penawaran baharu melalui siri Magic5. Salah satu model yang diperkenalkan melaluinya adalah Honor Magic5 Pro dan kemaskini pada kameranya membuahkan hasil yang baik apabila peranti ini berjaya merampas tempat pertama di carta DXOMARK. Ini sekaligus mengalahkan juara bertahan Huawei Mater50 Pro yang turun ke tempat kedua dengan perbezaan mata sebanyak 3 mata dibelakang.

Kemaskini baharu menunjukkan Honor Magic5 Pro mencatatkan skor tertinggi 152 keseluruhannya untuk kebolehan kamera utama. Untuk ringkasan ujian, ia mendapat 154 mata untuk keupayaan fotografi, 80 mata untuk keupayaan bokeh, 156 mata bagi kebolehan zum dan 149 mata pula untuk rakaman video

Pujian diberikan pada keupayaan kamera menghasilkan gambar berkualiti tinggi dalam kebanyakan situasi dengan penghasilan semula warna yang tepat. Bukan itu sahaja, butiran pada imej juga berjaya dijaga dengan baik. Seterusnya, peranti juga dikatakan mempunyai sistem autofokus yang cepat dan tepat walaupun dalam pencahayaan rendah. Di samping, turut mempunyai prestasi yang memuaskan untuk tangkapan imej dalam pencahayan rendah. Prestasi paparannya juga baik dengan kebolehan memaparkan tontonan imej yang sepatutnya.

Kritikan pula diberikan pada berlakunya isu lengah masa pada butang shutter sewaktu digunakan dalam situasi pencahayaan kontras yang tinggi. Seterusnya paparan pada peranti juga didapati kehilangan butiran apabila mod kecerahan yang tinggi diaktifkan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd