Cari @ Amanz

Pengerusi SKMM Baharu Dilantik – Diarah Atasi Masalah “Drop Call” Menjelang Jun 2023

Oleh Aman

Link Copied!

Menteri Komunikasi dan Digital hari ini secara rasminya berkongsi akan berita pelantikan pengerusi SKMM yang baharu, iaitu Tan Sri Mohamad Salim bin Fateh Din. Beliau dilantik untuk tempoh dua tahun, berkuat-kuasa 1 Mac 2023.

Mohamad Salim merupakan mantan Pengerusi Interim MCMC selain berkhidmat sebagai Ahli Suruhanjaya MCMC. Beliau juga pernah menjawat pelbagai jawatan seperti Pengarah Urusan Kumpulan Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB), Pengasas Kumpulan Gapurna Sdn Bhd serta Pengerusi Bukan Eksekutif Giant Malaysia dan Pengerusi Bukan Eksekutif British American Tobacco (Malaysia) Berhad. 

Selari pelantikkan ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil turut menyatakan yang mana salah satu perkara pertama yang diarah untuk diselesaikan selari pelantikkan beliau adalah meningkatkan kadar kualiti perkhidmatan telekomunikasi, dan menyelesaikan masalah terputusnya panggilan menjelang Jun 2023 kelak.


Komen ()