Cari @ Amanz

Unihertz Tank – Telefon Pintar Yang Hadir Dengan Bateri 22000mAh

Oleh Aman

Link Copied!

MWC sering menyaksikan pelbagai telefon-telefon unik diperlihatkan. Salah satu reruai yang tersedia pada acara MWC 2023 adalah reruai Unihertz.

Melaluinya, telefon pintar bersaiz besar, Unihertz Tank diperlihatkan. Ia merupakan sebuah telefon pintar yang hadir dengan bateri bersaiz 22000mAh, sekaligus menawarkan masa penggunaan berhari-hari melaluinya.

Dengan saiz bateri sebesar 22000mAh tersebut, ia sekaligus menjadikan telefon ini bersaiz agak tebal berbanding yang lain di pasaran.

Telefon ini hadir menyertakan skrin 6.81-inci, dijana cip Helio G99, memori sehingga 8GB RAM dan storan 256GB. Ia turut menggunakan kamera 108MP di belakang, serta dijana sistem operasi Android 12.

Telefon ini ditawarkan melalui AliExpress bagi mereka yang berminat, pada harga $289.90, iaitu sekitar RM1300 mengikut kadar tukaran semasa.


Komen ()