Cari @ Amanz

Microsoft sedia memperkenalkan integrasi teknologi kecerdasan buatan pada enjin carian Bing, sekaligus membolehkan pengguna “bersembang” dengan Bing dalam mendapatkan jawapan atau apa yang dicari.

Perkara ini dijayakan melalui penggunaan teknologi yang dibangunkan oleh OpenAI, dan dipertontonkan kepada umum melalui penawaran ChatGPT. Tetapi, apa yang digunakan oleh Bing adalah versi terkini, dan menawarkan hasil jawapan dan maklumbalas yang lebih baik serta terkini berbanding ChatGPT, disamping turut menawarkan anotasi untuk setiap jawapan.

Selari dengan pengenalan Bing Chat sebelum ini, kini Microsoft turut mengumumkan kemaskini Windows 11 terbaru yang mengintegrasikan Bing Chat terus ke Taskbar di Windows 11.

Dengan langkah ini, para pengguna boleh terus berinteraksi pada desktop Windows 11 dengan mudah, serta mendapatkan maklumbalas dengan pantas.

Ini juga dijangka akan membuatkan lebih ramai berinteraksi dengan Bing Chat, serta membawa kepada kaedah interaksi serba baharu, termasuk memudahkan tugasan harian.

Microsoft menawarkan ciri baharu ini melalui kemaskini Windows 11 yang mula ditawarkan bermula hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd