Carian
Tecno Phantom V Fold 5G Dilancarkan Secara Rasmi Dengan MediaTek Dimensity 9000+
March 1, 2023 Amy Maizuraa

Peranti dengan skrin boleh lipat pertama daripada Tecno kini diumumkan secara rasmi di Mobile World Congress 2023 yang berlangsung di Barcelona. Dinamakan sebagai Tecno Phantom V Fold 5G, rekaan peranti ini menggunakan pendekatan seumpama sebuah Samsung Galaxy Fold dengan paparan yang boleh dilipat kedalam bersama skrin sekunder di bahagian luar.

Ia mempunyai skrin utama sejenis rata bersaiz 7.85-inci, sementara itu skrin sekunder melengkung pula sebesar 6.42-inci. Kedua-dua skrin ini dilengkapi panel AMOLED dan kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan pula dengan cip MediaTek Dimensity 9000+, memori 12GB RAM LPDDR5X dan storan dalaman mencapai 512GB terbina.

Seterusnya peranti ini juga dilengkapi dengan sistem fotografi lima lensa ultra jelas. Ianya terdiri dengan tri-kamera utama 50MP bersama sensor tersuai yang sensitif cahaya dan selebihnya adalah kamera swafoto. Bateri pula sebesar 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan berwayar 45W. Ia juga menjalankan antaramuka HiOS Fold yang menyediakan beberapa ciri menarik seperti Parallel Windows, Split Screen, Drag & Drop dan Driving Mode.

Komen