Cari @ Amanz

Nubia Pad 3D Adalah Tablet Dengan Paparan 3D Tanpa Cermin Mata Khusus

Link Copied!

Seperti yang dijanjikan, Nubia Pad 3D telah diperkenalkan secara rasmi di Mobile World Congress 2023 yang berlangsung di Barcelona. Seperti namanya, ia merupakan sebuah tablet dengan panel yang berupaya mensimulasikan kesan melihat imej tiga dimensi dengan mata kasar.

Dibangunkan oleh ZTE dan Leia Inc, ia menggunakan teknologi AI untuk imej dalam tiga dimensi yang bermakna tiada cermin mata atau efek parallax khusus diperlukan. Panel ini mempunyai lapisan DLB proprietari yang boleh mengubah imej 2D standard menjadi 3D dalam masa nyata dengan perisian khusus. Seterusnya,ia turut dilengkapi sokongan penjejakan wajah AI yang boleh mengesan sehingga 8 tontonan berbeza secara serentak.

Terdapat dwi-kamera swafoto 8MP di hadapan tablet yang boleh mengesan wajah pengguna untuk pengalaman tontonan 3D tanpa cermin mata. Selain itu, kandungan 3D ini juga boleh dirakam menggunakan kamera swafoto tersebut atau kamera utama 16MP yang turut diintegrasikan dengan aplikasi AI 3D.

Peranti ini menggunakan cip Snapdragon 888, bateri sebesar 9070mAh dengan pengecasan pantas 33W dan skrin pula sebesar 12.4-inci LCD dengan resolusi 2560×1600 piksel dan kadar segar semula 120Hz. Turut disertakan adalah beberapa aplikasi Leia 3D serta Leia Appstore yang mempunyai lebih daripada 50 permainan 3D serta 1200+ aplikasi pendidikan 3D.


Komen ()