Cari @ Amanz

Dell XPS 15 Dan XPS 17 Dikemaskini Dengan Cip Intel Gen-13 Dan RTX 4070

Link Copied!

Komputer riba Dell XPS 15 dan XPS 17 diberikan kemas kini spesifikasi baharu dengan penawaran cip sehingga Intel Core i9-13900H daripada generasi ke-13 dan pilihan GPU terkini daripada NVIDIA.

Kedua-dua komputer riba ditawarkan dengan skrin IPS LCD 16:10 FHD atau 4K OLED. Pada XPS 15, ia ditawarkan dengan GPU sehingga NVIDIA GeForce RTX 4070 dengan 8GB GDDR6 ataupun Intel Arc A370M 4GB GDDR6. Memori adalah sehingga 64GB DDR5 dan storan pula sehingga 8TB PCIe SSD.

Sementara itu pada XPS 17 pula ia ditawarkan dengan GPU sehingga NVIDIA RTX 4080 laptop GPU 2GB GDDR6. GPU yang lebih berkuasa ditawarkan pada XPS17 kerana penggunaan sistem penyejuk baharu yang lebih berkuasa. Memori juga adalah sehingga 64GB DDR5 dan storan pula sehingga 8TB PCIe SSD.

Di Amaerika Syarikat XPS 15 dijual pada harga bermula $2,949 (~RM 13,221) (i9 / RTX 4070 / 32GB / 1TB / 4K OLED) manakala XPS 17 bermula daripada $3,399 (~RM15239) (i9 / RTX 4070 / 32GB / 4K OLED).


Komen ()