Cari @ Amanz

Unifi TV sedia menawarkan sejumlah langganan perkhidmatan penstriman melalui satu bil yang sama, termasuk Disney+ Hotstar, Lionsgate Play, Viu, iQiyi dan sebagainya.

Pada bulan Mac ini, Unifi TV juga akan menambah satu lagi aplikasi penstriman dibawah mereka, iaitu Durioo+.

Durioo+ merupakan perkhidmatan penstriman yang menawarkan kandungan mesra kanak-kanak dan memfokuskan gaya hidup muslim.

Sebagai permulaan, para pengguna Unifi TV boleh menebus pas percuma untuk mengakses Durioo+ bermula 18 Mac 2023. Buat masa ini, harga berkas bersama Unifi TV masih tidak diketahui lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd