Meskipun minggu ini acara MWC Barcelona berlangsung, ia tidak menghalang jenama-jenama lain mengadakan acara dan pada hari ini Vivo Malaysia mengumumkan V27e dengan rekaan yang cantik dan spesifikasi terkini.

Vivo V27e ini turut dilengkapi dengan skrin 6.62″ AMOLED 120Hz, dijana cip Helio G99, memori 8GB RAM (dengan RAM maya sehingga 8GB), dan storan 256GB. Sistem tri-kamera digunakan dengan 64MP sudut lebar engkap dengan penstabil imej optikal yang turut dilengkapi lampu pencahayaan Aura Light. Ini dipadankan dengan kamera makro 2MP dan kamera pengesan kedalaman 2MP. Sementara itu kamera swafoto pula adalah sebesar 32MP.
Selain dari itu, ia turut mempunyai kapasiti bateri 4,600 mAh dengan pengecasan pantas 66W FlashCharge yang boleh mengecas peranti sehingga 50% dalam masa 18 minit. Telefon ini ditawarkan pada dua warna yang menawan iaitu warna Lavender Purple dan warna hitam Glory Black.

Vivo V27e ini akan dijual pada harga RM 1,299 dan untuk tempoh terhad, pembeli akan turut menerima aksesori seperti Smart Tag dan Bluetooth Speaker serta jaminan yang keseluruhannya bernilai RM 666. Promosi ini turut tersedia di kedai rasmi serta pengedar sah seluruh Malaysia, termasuklah menerusi Shopee, Lazada dan TikTok Shop.
