Qualcomm hari ini berkongsi melalui sebuah temuramah bersempena dengan MWC 2023, mengatakan mereka menyasarkan pihak Apple untuk beralih daripada menggunakan modem mereka kepada modem yang dihasilkan sendiri menjelang 2024 kelak.
iPhone 14 terbaru dipasaran masih dikuasakan oleh modem Qualcomm untuk sokongan sambungan nirwayar, tetapi ia dijangka akan berubah tidak lama lagi.
Apple sedia mengalihkan pelbagai pembangunan secara dalaman, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pengeluar luar. Hal ini sekaligus membolehkan Apple mengawal pembangunan dan pengenalan ciri-ciri baharu.
Sebelum ini, Qualcomm sedia memaklumkan pelabur mereka yang mana Apple mungkin menghentikan penggunaan modem Qualcomm seawal tahun ini, tetapi nampaknya kini ia dilanjutkan ke tempoh setahun lagi.