Kebelakangan ini, pelbagai agensi angkasa dari seluruh dunia yang sedang melihat kepada eksplorasi angkasa, sekaligus memfokuskan untuk membuka penempatan di Bulan, membuka sebuah stesen khas di Bulan, dan sebagainya. Dengan pelbagai perlumbaan angkasa ini, kini sejumlah agensi angkasa dalam perbincangan untuk membentuk dan menetapkan zon waktu tersendiri untuk satelit semulajadi Bumi, iaitu Bulan.
Ia dikatakan dengan perlumbaan ke Bulan, ia akan menyukarkan perancangan pelbagai misi sekiranya zon waktu berbeza digunakan semua untuk rujukan. Disebabkan itu, kini Agensi Angkasa Eropah, NASA dan sejumlah agensi sedang berbincang dalam ingin menetapkan zon waktu tersendiri di Bulan.
Dalam usaha menetapkan zon waktu ini, ia mempunyai cabarannya tersendiri, termasuk siapakah yang akan menguruskannya – sama ada satu entiti atau sebaliknya, bagaimana proses penetapan dan sebagainya.
Namun, langkah ini adalah sesuatu yang penting sebelum permulaan eksplorasi angkasa yang lebih kerap dilakukan. Sekiranya berjaya dilaksanakan di Bulan, tidak mustahil perkara sama juga ditetapkan di planet-planet lain – sekaligus membawa kepada kemudahan dalam proses eksplorasi tanpa menganggu jadual pelancaran pihak lain.
- Sumber : ESA