CelcomDigi kini mengumumkan kerjasama dengan syarikat telekomunikasi Korea Selatan, iaitu SK Telecom – dimana melalui kerjasama ini, kedua-dua pihak akan mebangunkan platform ekosistem metamesta mudah-alih Malaysia yang pertama.
Kedua-dua syarikat akan membangunkan dan menawarkan metamesta serta kecerdasan buatan yang dioptimasikan untuk pasaran tempatan. Dengan langkah ini, antara industri yang disasarkan untuk ekosistem metamesta ini adalah termasuk seperti kesihatan, pendidikan, hiburan dan juga peruncitan.
CelcomDigi turut menyasarkan metamesta ini akan boleh dijayakan melalui penawaran rangkaian 5G serta pelbagai inovasi dibawah mereka sebelum ini.
Buat masa ini, tiada sebarang tarikh dikongsikan berkenaan penawaran ekosistem metamesta ini kepada umum.