Selamat datang ke masa hadapan di mana kereta bukan lagi sekadar mod pengangkutan yang membawa anda dari titik A ke titik B tetapi kini adalah komputer bergerak. Dengan sistem info hibur yang semakin canggih, menjadi kebiasaan untuk pemilik menggunakan Android Auto atau Car Play untuk memaparkan aplikasi pada skrin kereta.

Minggu ini Volkswagen Group yang mengumumkan sistem info hibur kenderaan keluaran mereka akan mempunyai stor tersendiri yang membolehkan pemilik memuat turun aplikasi popular. Antara aplikasi yang boleh dimuat turun ialah Spotify, TikTok, Vivaldi dan Yelp. Di peringkat awal sistem info hibur dengan stor aplikasi akan diberikan kepada model terkini kenderaan Audio sebelum dikembangkan ke jenama lain milik mereka seperti Bentley, Lamborghini, dan Porsche.
Volkswagen Group akan menawarkan aplikasi dalam pelbagai kategori seperti pentriman muzik, podsiar, telesidang, pengecasan elektrik, pemetaan dan banyak lagi. Lebih daripada dua dozen aplikasi akan ditawarkan di peringkat awal dengan beberapa ratus aplikasi sedang dalam pembangunan.
Sistem info hibur dengan stor tersendiri ini dibangunkan oleh Cariad yang merupakan anak syarikat Volkswagen Group dengan kerjasama Harman.