Carian
LHDN Menegaskan Data Pembayar Cukai Di MyTax Adalah Selamat Dan Terjamin
March 2, 2023 Aman

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia kini mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan dengan dakwaan isu kebocoran data pembayar cukai yang tular di platform sosial baru-baru ini.

LHDN menegaskan semua kerahsiaan data pembayar cukai di platform MyTax adalah selamat dan terjamin, termasuk dilindungi oleh teknologi keselamatan yang diiktiraf.

LHDN turut memandang serius dakwaan ini, dan kini meletakkan keutamaan yang tinggi dalam usaha meningkatkan keyakinan pembayar cukai terhadap perkhidmatan yang disediakan mereka.

LHDN juga turut mengatakan akan terus berusaha menambah-baik mutu perkhidmatan dan bertindak telus dalam menangani isu.

Komen