Sementara penyedia lain tidak menyatakan sokongan rangkaian yang ditawarkan dibawah Pakej Perpaduan yang disokong kerajaan, kini pihak Yes menyatakan Pakej Perpaduan Yes 5G hadir dengan penawaran rangkaian 4G + 5G.
Seperti penyedia lain, Yes turut menawarkan data sebanyak 30GB pada harga RM30, dengan tempoh sah selama 180 hari. Namun, salah satu perkara yang mungkin tidak digemari ramai adalah kelajuan hanya dihadkan kepada 3Mbps.

Selain kelajuan, secara teknikalnya, dengan akses ke rangkaian 5G, pengguna sepatutnya boleh menikmati kadar pendam yang lebih rendah berbanding 4G. Tidak diketahui lagi sama ada perkara sama boleh dinikmati pengguna melalui Pakej Perpaduan Yes 5G ini.