Hari ini, kita semakin melangkah kearah kemodenan di mana kita dapat melihat ramai orang bergantung dengan peranti mudah alih untuk berhibur atau melakukan tugasan harian. Tidak kira sama ada pekerja, pelajar atau sesiapa pun, internet telah menjadi salah satu keperluan asas pada hari ini. Jadi dengan itu, kita memerlukan capaian internet untuk berhubung dan menyambungkan fungsi hotspot pada peranti agar dapat menggunakan internet di mana sahaja kita berada.
Nikmati Internet Tanpa Had Kelajuan Di Semua Peranti Anda
Pernahkah anda menghadapi situasi di mana anda memerlukan capaian internet yang banyak untuk melakukan sesuatu kerja di luar tetapi tidak mempunyai kuota hotspot yang mencukupi? Lebih-lebih lagi jika anda menggunakan lebih dari satu peranti untuk melakukan kerja. Buat pengguna hotspot, pasti anda tahu kemudahan yang dapat dinikmati ketika menggunakannya. Anda dapat membuat kerja di mana sahaja tanpa perlu bergantung kepada sokongan Wi-Fi sesuatu tempat dan boleh menghubungkan semua peranti dalam satu masa dengan mudah.
Oleh sebab itulah U Mobile menawarkan Ultra Hotspot 5G ini, yang mana ia boleh dikatakan sebagai pelan hotspot nombor satu di Malaysia setakat ini. Hal ini kerana, dengan tawaran hebat U Mobile Ultra Hotspot 5G, anda boleh berkongsi data pantas sehingga 1,000GB dengan seberapa banyak peranti yang anda suka tanpa had kelajuan. Ia bukan sahaja menawarkan data yang mencukupi tetapi ia juga memudahkan pengguna untuk melakukan tugasan harian dan hiburan.
Bagaimana Cara Untuk Menikmati Ultra Hotspot 5G Ini?
Untuk pengetahuan anda, penawaran Ultra Hotspot 5G ini hanya ditawarkan jika anda melanggan pelan pascabayar U Postpaid mereka sahaja. Terdapat 3 jenis pelan dibawah pelan pascabayar ini, iaitu U Postpaid 38, U Postpaid 68 dan U Postpaid 98. Bagi U Postpaid 38, pihak U Mobile telah menambah kuota internet pantas mereka. Jika dahulu ia ditawarkan dengan kuota 30GB, kini mereka telah menambah kuotanya menjadi 60GB dan panggilan tanpa had ke semua talian.
Tetapi jika anda ingin memiliki telefon pintar pada harga berbaloi melalui langganan pelan telekomunikasi, anda boleh melanggan pelan U Postpaid 68 dan U Postpaid 98. Apa yang membezakan kedua-dua pelan ini adalah dari segi kuota internet berkelajuan tinggi dan program pemilikan peranti yang mereka tawarkan tanpa sebarang kadar faedah.
Bagi U Postpaid 68, anda boleh memiliki telefon pintar melalui program U SaveMore dimana mereka menawarkan potongan harga untuk sesetengah telefon pintar yang U Mobile tawarkan. Manakala bagi U Postpaid 98 pula, anda boleh memiliki telefon pintar melalui program U PayLater dimana anda boleh memilikinya dengan bayaran secara ansuran tanpa sebarang kadar faedah.
Selain itu, pelan U Postpaid 98 juga membolehkan anda untuk berkongsi pelan ini bersama 6 talian lain menerusi program U FamilyShare dengan bayaran tambahan RM38 bagi setiap bulan. Oleh itu, dengan perkongsian talian melalui program ini, anda bolehlah berkongsi internet 1,000GB data pantas 5G anda bersama 6 peranti yang lain. Ini sekaligus dapat menjimatkan lagi perbelanjaan kita setiap bulan.
Bagi pelan U Postpaid 68 dan U Postpaid 98 ini juga, anda boleh membuat perayauan internet percuma di 63 destinasi. Dengan sokongan internet perayauan ini, anda boleh menggunakan internet di luar negara secara percuma tanpa perlu membeli pelan perayauan berasingan. Ini jelas sekali dapat memudahkan anda untuk melayari internet dimana sahaja tanpa perlu berbelanja lebih untuk membeli pelan atau kad sim baru.
Kesimpulan
Jadi di sini kita boleh rumuskan bahawa, dengan melanggan pelan pascabayar U Mobile, ia membuatkan langganan kita lagi berbaloi lebih-lebih lagi jika anda melanggan pelan U Postpad 98. Ini kerana anda boleh menikmati kuota internet berkelajuan tinggi sehingga 1,000GB yang boleh dikongsikan sepenuhnya melalui Ultra Hotspot 5G bersama 6 talian U FamilyShare atau mana-mana peranti pintar yang anda mahu. Malah, untuk digunakan sebagai internet perayauan juga tidak menjadi masalah. Kelebihan ini sekaligus memberi fleksibiliti kepada kita untuk menggunakan kuota internet yang kita langgan dengan lebih efisyen.
Untuk mengaktifkan Ultra Hotspot 5G ini, anda boleh melakukannya menerusi aplikasi MyUMobile. Ini sekaligus menjadikannya lebih berbaloi untuk dilanggan dan dikongsikan pembayarannya bersama keluarga dan rakan-rakan. Jadi, ini adalah masa terbaik untuk anda meningkatkan pengalaman penggunaan internet, sekaligus menjadi lebih produktif dengan melanggan pelan pascabayar daripada U Mobile dan Ultra Hotspot 5G mereka.
Penafian : Advertorial daripada U Mobile