Carian
Fahmi : Penyedia Perkhidmatan Internet Boleh Tawar Pada Harga Lebih Rendah Kerana Harga Borong Kini Lebih Rendah
March 2, 2023 Aman

Menteri Komunikasi dan Digital Malaysia, Fahmi Fadzil kini menyatakan pengenalan harga kos baharu MSAP (Mandatory Standard on Access Pricing) bermula 1 Mac 2023, akan membolehkan para penyedia perkhidmatan internet menawarkan pakej mereka pada harga rendah berbanding sbeelumnya.

Harga borong ini akan diimplementasi sehingga 2025 kelak. Harga borong baru yang efektif bulan ini adalah jauh lebih murah berbanding sebelum ini. Sebagai contoh, harga borong MSAP untuk kelajuan 100Mbps kini adalah RM254.64 sebulan, berbanding RM515 sebulan sebelum ini.

Dengan harga borong rendah ini, ia sekaligus membolehkan penyedia perkhidmatan untuk menawarkan pakej dan pelan mereka pada harga lebih rendah kepada pengguna.

Fahmi turut menyatakan yang mana kerajaan akan berusaha dalam memastikan kualiti telekomunikasi yang lebih baik dengan harga lebih mampu milik untuk rakyat.

Komen