Cari @ Amanz

GrabFood Perkenal “Saver Delivery” Untuk Semua – Pilihan Kos Penghantaran Lebih Rendah, Tetapi Sedikit Lambat

Oleh Aman

Link Copied!

GrabFood sebelum ini sedia bereksperimen dengan penawaran dinamakan “Saver Delivery”, membolehkan pengguna berjimat ketika melakukan tempahan makanan.

Melaluinya, ia menawarkan kos penghantaran serendah RM1, tetapi ia akan membuatkan masa penghantaran adalah sedikit lambat berbanding pilihan penghantaran lain.

GrabFood menjayakan perkara ini dengan menggunakan data dalam menyusun penghantaran pesanan untuk penghantar di laluan arah yang sama. Ini sekaligus akan membuatkan seseorang penghantar mengambil lebih dari satu pesanan dan menghantarnya sekali – membuatkan pengguna akan menerima pembelian mereka sedikit lambat berbanding kebiasaan.

Disamping itu, GrabFood juga kini menambah pilihan “Direct Delivery”, yang membolehkan pengguna menerima tempahan mereka lebih pantas berbanding yang lain, tetapi pada bayaran lebih tinggi.


Komen ()