Pada hari ini, telah menjadi suatu kebiasaan dimana semua orang membawa bersama telefon pintar kemana-mana yang dituju. Namun, perkara berkenaan dijangka akan berubah pada masa akan datang.
Marty Copper yang mencipta telefon pertama pada 1973 lepas, kini menyasarkan generasi akan datang kelak akan memperlihatkan telefon ditanam terus dibawah kulit mereka – berkemungkinan disebalik telinga.
Peranti berkenaan dijangka akan dikuasakan oleh tenaga yang dijana dari badan. Marty Copper menyasarkan kelak badan manusia akan dikuasakan dengan sensor dan mikrocip dalam memudahkan sejumlah tugasan.
Beliau juga turut menambah mengatakan antaramuka telefon pada hari ini semakin kompleks, dan pelbagai pengeluar perlu melihat kepada inovasi dan rekaan baharu yang seterusnya.
Sejak Marty Copper mencipta telefon sekitar 50 tahun lepas, pelbagai perubahan telah berlaku. Telefon yang pada awalnya hanya digunakan untuk membuat panggilan, kini turut telah menjadi peranti yang digunakan untuk mengakses data, bersosial, menonton video, merakamkan gambar, dan sebagainya.
Beliau turut menambah mengatakan mempunyai kepercayaan tinggi pada kemanusiaan – dimana melihat kepada sejarah, manusia berjaya melakukan pelbagai perubahan dan kemajuan dengan teknologi.