Masalah dengan TV yang semakin besar ialah majoriti kandungan yang boleh ditonton menerusi perkhidmatan penstriman masih di bawah resolusi 4K UHD. Di YouTube pula terdapat ratusan juta video pada resolusi bawah FHD. Jika anda mempunyai skrin 4K sekalipun, video yang ditonton akan kelihatan pecah. Oleh itu NVIDIA telah melancarkan ciri RTX Video Super Resolution (VSR) hari ini yang menaik taraf kualiti video yang ditonton pada pelayar web Chrome dan Edge.

RTX Video Super Resolution menganalisa video yang ditonton sebelum menggunakan kecerdasan buatan untuk menaik taraf kualitinya ke 4K UHD secara automatik. Ini adalah teknologi yang sama digunakan oleh NVIDIA untuk menaik taraf visual permainan video.
Berita baik di sini ialah perbezaan kualiti video dapat dilihat. Berita buruknya pula ialah anda perlu mempunyai komputer yang dilengkapi GPU sir GeForce RTX 40 dan RTX 30 untuk menikmati RTX VSR. Kemas kini perisian pemandu untuk GPU anda dan pastikan Chrome versi 110.0.5481.105 atau Edge versi 110.0.1587.56 digunakan.