Carian
Oppo Mengesahkan Find N2 Tidak Akan Ke Pasaran Global Pada Waktu Ini
March 3, 2023 Effi Saharudin

Semalam berlangsung acara pelancaran Oppo Find N2 untuk pasaran Malaysia dan Singapura. Di acara tersebut kami sempat menemuramah Peter Lee, yang merupakan Ketua Bahagian Produk Model Find di Oppo. Beliau mengesahkan bahawa Oppo masih tidak mempunyai perancangan untuk memasarkan Find N2 ke pasaran global pada waktu ini.

Keputusan diambil selepas melihat sambutan ke atas Find N2 dan Find N2 Flip di China. Model Find N2 Flip mendapat sambutan yang lebih baik oleh sebab inilah hanya model ini dipasarkan ke peringkat global pada waktu ini. Sungguhpun begitu beliau berkata pihak Oppo teruja dengan sambutan pengguna global yang ingin mendapatkan Find N2.

Tambah Peter Lee lagi, besar kemungkinan hanya model seterusnya akan dipasarkan ke peringkat global. Dengan pasaran peranti skrin boleh-lipat kini semakin hangat, strategi Oppo untuk mengambil langkah lebih konservatif mungkin adalah bijak bola melihat juga dengan situasi ekonomi dunia sekarang.

Komen