Cari @ Amanz

Xiaomi Hadir Dengan Teknologi Bateri Keadaan-Pepejal (Solid-State)

Oleh Aman

Link Copied!

Bersempena MWC 2023 yang berlangsung minggu ini, pihak Xiaomi telah mengumumkan beberapa perkara baharu, termasuk sokongan pengecasan mencapai 300W.

Disamping itu, Xiaomi juga kini berkongsi berkenaan penaik-tarafan kepada teknologi bateri, melalui pengenalan teknologi bateri keadaan-pepejal (solid-state).

Xiaomi mengatakan ini membolehkan kadar ketumpatan bateri mencapai 1000Wh/L, disamping menambah-baik pengalaman pengguna terutamanya pada persekitaran sejuk. 

Penggunaan teknologi ini juga dikatakan menawarkan keselamatan lebih baik berbanding penggunaan bateri sebelum-sebelum ini.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi peranti pertama Xiaomi yang akan menggunakan teknologi ini.


Komen ()