Cari @ Amanz

Realme telah mengesahkan bahawa ciri Mini Capsule seakan Dynamic Island bakal digunakan pada peranti baharu di bawah siri-C. Peranti yang dimaksudkan adalah Realme C55 yang kelak tiba dengan spesifikasi kelas pertengahan menerusi janaan cip MediaTek Helio G88. Melalui ciri Mini Capsule tersebut, pelbagai informasi penting seperti makluman bateri rendah, status pengecasan teledon, penggunaan data dan kiraan langkah serta jarak berjalan harian boleh disemak dengan mudah.

Berkongsi dengan lebih lanjut, telefon pintar ini didapati telah melepasi pengesahan SIRIM di Malaysia. Penyenaraian menunjukkan telefon pintar ini ditemui dengan nombor model RMX3710 (realme C55) yang didaftarkan oleh DTL Malaysia Sdn Bhd pada 17 Februari 2023. Ini sekaligus memberi bayangan bahawa pelancarannya untuk pasaran Malaysia mungkin berlangsung dalam masa terdekat.

Namun apa yang menjadi persoalan ketika ini, bagaimana pula dengan perkakasan dalamannya? Adakah ia dikekalkan seumpama variasi yang disenaraikan menerusi laman web rasmi Realme Indonesua atau sebaliknya? Sama-sama kita nantikan perkongsian selanjutnya oleh pihak Realme Malaysia sendiri.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd