TikTok hari ini mengumumkan pengenalan ciri “Shopping Center” di Malaysia, sekaligus memudahkan pengguna dalam menemui pelbagai produk dan penjual dengan mudah.
Sebelum ini, pencarian penjual dan produk di TikTok adalah agak sukar, dan dengan pengenalan Shopping Center ini, TikTok mengatasi masalah tersebut. Ini juga dijangka akan membuatkan peningkatan kadar jual-beli pada platform tersebut, tanpa menganggu pengalaman utama aplikasi tersebut.

Tab “Shop” diposisikan pada bahagian atas, membolehkan anda tap padanya dan mengakses pelbagai barangan yang dijual. Ia juga kini disusun mengikut kategori, selain memudahkan pencarian dilakukan.
Dengan langkah ini juga, ia dilihat TikTok kini bertindak lebih serius dalam arena edagang. Selari pengumuman ini, TikTok mengatakan akan mengadakan kempen TikTok Shop Bazaar Ramadan bermula hari ini sehingga 22 Mac 2023, dan diikuti Bazaar Raya dari 23 Mac ke 4 April 2023 kelak.