Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) kini sedang mempertimbangkan cadangan untuk kenakan denda atau penalti kewangan terhadap syarikat penerbangan yang gagal memastikan untuk mematuhi jadual penerbangan yang telah ditetapkan.
Kementerian dalam perkongsian untuk soalan di Parlimen, menyatakan cadangan ini boleh dilaksanakan dengan perubahan atau tambahan kepada syarat lesen atau permit sedia ada.
Langkah ini juga dijangka akan memastikan pembatalan atau penjadualn semula penerbangan tidak berulang.

Ia turut ditambah, syarikat penerbangan yang batalkan penerbangan atas faktor kawalan syarikat – seperti teknikal atau kapasiti penumpang yang tidak memuastkan sehingga menyebabkan penerbangan dilewatkan atau dibatalkan adalah tertakluk untuk memberikan pembayaran ganti dalam masa 30 hari, atau perubahan laluan.
Sekiranya gagal, MAVCOM boleh mengenakan penalti sehingga RM200,000.
MAVCOM juga sebelum ini telah meminta semua syarikat penerbangan untuk mengukuhkan pengurusan pengendalian penundaan dan pembatalan penerbangan, termasuk menambah-baik komunikasi kepada penumpang seperti digariskan di dalam Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016.
- Sumber
- BFM