Amazfit merupakan salah satu pengeluar jam tangan pintar yang popular. Terbaru, mereka berkongsi menyatakan telah berjaya menghasilkan rekaan muka jam pertama yang dibangunkan menggunakan ChatGPT sepenuhnya.
Seperti ramai sedia maklum, ChatGPT dibangunkan oleh OpenAI yang menggunakan kecerdasan buatan sepenuhnya dalam melakukan sejumlah perkara – termasuk memberikan maklumbalas, melakukan pengaturcaraan ringkas dan sebagainya.

Amazfit mengatakan dengan mengintegrasikan ChatGPT ke pengaturcaraan muka jam ZeppOS, mereka berjaya menghasilkan rekaan muka jam tersendiri.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah pihak Amazfit akan menawarkan ciri ini kepada pengguna umum, dan membolehkan setiap pengguna menghasilkan muka jam mereka tersendiri.