Cari @ Amanz

Oppo Turut Memperlihatkan Penyejuk Peranti 45W Yang Turut Mengecas Peranti Secara Nirwayar

Oleh Aman

Link Copied!

Pada minggu ini, pihak OnePlus sedia memperlihatkan penyejuk peranti 45W tersendiri yang dikatakan mampu menyejukkan peranti sehingga 20 darjah Celcius. Kini, syarikat induk OnePlus, iaitu Oppo turut tidak ketinggalan dan memperlihatkan penawaran mereka tersendiri.

Hadir dengan rekaan lebih kurang sama, tetapi dengan rekaan penyambung berbentuk bulat, Oppo menamakannya sebagai 45W Liquid Cooler.

Oppo menyatakan ia menawarkan kemudahan untuk mengurangkan sehingga 13 darjah Celcius pada telefon pintar. Disamping itu, ia juga turut menyokong pengecasan nirwayar 10W ketika sedang menyejukkan peranti.

Berbeza dengan OnePlus, Oppo memperlihatkan penggunaan penyejuk peranti mereka ini yang turut boleh digunakan bersama bukan sahaja tablet dan juga komputer, tetapi turut boleh menyejukkan cawan minuman.


Komen ()